Bismillahirahmanirrahim...
" Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Assalamua'laikum W.B.T...
Moga kita semua sentiasa dalam RAHMAT dan KEREDHAAN-NYA... amin..
Seperti mana yang dijanjikan, ikuti sambungan TAKDIR Di Sebalik TADBIR...Yang BAIK dijadikan TELADAN.., yang BURUK dijadikan SEMPADAN....(^_^)
..........................................................................................................................................
……….. bersebelahan kereta Ustaz Lutfi.
“Ana hendak berbincang dengan ustazah tentang pembahagian tugas kita sebagai setiausaha program. Ana sudah e-melkan padau ustazah tentang pembahagian tugas tersebut. Semuanya ana telah jelaskan dalam e-mel tersebut. Kalau ada apa-apa yang tidak jelas ustazah boleh bincang terus dengan Husna selaku timbalan program. Lutfi lebih selesa membahasakan dengan muslimat dengan panggilan ustazah. Ini kerana akan lebih menjaga ikhtilat dan megelakkan fitnah. Lutfi berlalu pergi menaiki keretanya sementara Iman masih lagi di situ tanpa sempat berkata apa-apa.
Ain mencelah, “ Sombongnya ‘mamat’ ni. Apa dia ingat dia handsome sangat? ”
Iman terdiam. Setelah berada di dalam kereta, Iman menceritakan pada Ain siapa itu Ustaz Lutfi. Dia bersangka baik, mungkin ada sebab Ustaz Lutfi berbuat demikian. Bersangka baik itulah yang terbaik.
Seminggu telah berlalu, Iman seperti biasa meneruskan aktiviti hariannya. Barulah dia teringat di mana dia melihat wajah Ustaz Lutfi. Ya Allah, bertapa aku tidak menduga ini semua berlaku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. Dia tersenyum sendirian.
Minggu depan akan masuk bulan Rabiulawal. Setiap kali bulan ini kunjung tiba, dunia akan gemilang seketika. Menyambut kelahiran junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Majlis tidak kira masa dan tempat menjamu hadirin dengan alunan selawat. Begitulah adab yang telah diamalkan sejak abad berabad. Masih teringat lagi peristiwa 13 tahun yang lepas. Waktu itu, Iman masih lagi di sekolah rendah. Terlalu banyak persoalan bermain di kotak mindanya. Maklum sajalah pada umur begitu keinginan ingin tahu begitu memuncak yang kadangkala mencabar pemikiran golongan dewasa untuk menjawabnya.
Kenapa kita perlu berselawat apabila tibanya bulan Rabiulawal? Kenapa banyak majlis yang diadakan pada bulan ini? Siapa ‘dia’ yang kita semua raikan? Apa istimewanya ‘dia’ hampir semua orang meraikannya? Segala-galanya dijawab dengan penuh hikmah oleh ayahanda dan bondanya. Maklumlah waktu itu umurnya baru 10 tahun. Baru cuba untuk mengenal dunia dan beramah-mesra dengan isinya. Bagi ayahanda dan bondanya persoalan ini harus dijelaskan dengan nyata dan jelas buat anak-anak kecil bukan hanya menjawab sekadar melepaskan batuk di tangga. Itulah prinsip kedua orang tua Iman jika persoalan agama ditanya oleh anak-anak mereka. Bak kata orang-orang tua “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Waktu beginilah yang paling sesuai memberi siraman iman dan baja taqwa dalam diri anak-anak. Itulah yang diajarkan oleh baginda nabi. Waktu anak-anak sudah mula pandai bercakap ajarkanlah mereka dengan kalimah tauhid. Kenalkan mereka dengan pencipta yang esa. Khabarkan mereka tentang nikmat syurga dan takutkan mereka dengan azab Allah S.W.T dan bukannya pada hantu. Kebanyakan ibu bapa selalu menakutkan anak-anak mereka dengan hantu yang kononnya akan ambil mereka kalau mereka berbuat nakal atau tidak mendengar cakap ibu bapa. Inikah yang diajar oleh baginda nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ? Tanpa kita sedari, sejak dari kecil lagi permata hati kita telah pun diajarkan untuk syirik kepada Allah S.W.T. Minta Allah jauhkan ini semua daripada generasi kita yang akan datang. Bertapa besarnya peranan ibu bapa dalam mendidik generasi Islam yang akan datang. Sebab itulah dalam pemilihan jodoh sangat dititik beratkan dalam Islam. Baginda Rasulullah sendiri telah pun mengajarkan kita cara untuk membina rumah tangga Islam. Pemilihan pasangan hidup bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan fitrah tetapi untuk menyambung generasi khalifah yang akan mentadbir isi dunia berlandaskan tuntutan syariat Islamiah. Rasul Allah pernah menyebut, jangan kamu mencari pasangan kamu semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrahmu tapi carilah bakal ibu ayah buat permata hati kamu. Benih yang soleh dan solehah insya-Allah akan membuahkan hasil yang dapat menyambung syariat dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam satu hadis nabi pernah menyebut :
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat”
Kenapa Nabi menyuruh kita memilih yang beragama? Adakah harus ada ijazah @ master @ PhD? Agama yang dimaksudkan di sini bukan sahaja tahu dan belajar tentang agama tetapi mengamalkan apa-apa yang dipelajarinya dan menjadikan Islam sebagai cara hidup seorang muslim seharian. Islam inilah yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W. Islam inilah yang diperjuangkan sejak zaman berzaman bermulalah dari rasulullah sehinggalah baginda wafat meninggalkan pewarisnya untuk meneruskan perjuangannya. Sehingga hampir tiba ajalnya baginda masih lagi teringatkan umatnya, bibirnya tidak pernah lekang dari menyebut “ummati.., ummati.., ummati”. Begitu agungnya cinta dan kasih sayang baginda kepada umatnya. Bagindalah teladan umat, contoh terbaik umat. Walaupun zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, abad berganti abad sejauh mana pun kita melangkah Rasulullah lah menjadi inspirasi dan idola buat Iman sekeluarga. Inilah yang sentiasa diajar oleh ayahanda dan bondanya pada dia dan adik-beradiknya. Ayahanda atau bondanya selalu mengaitkan segala perbuatan dan perlakuan harus bersandar dan mengikuti apa yang rasulullah telah ajarkan. Sejak dari kecil lagi mereka sekeluarga telah diajarkan untuk suka apa yang rasulullah suka makan dan minum. Setiap pagi mereka akan minum madu dan susu kambing dan bermacam-macam-macam lagi. Mereka sekeluarga telah memaknakan perlakuan baginda yang mereka mampu buat seperti cara tidur, makan, minum, berjalan, dan sebagainya. Dalam hadis ini juga ada disebut tentang keturunan. Keturunan yang baik dan soleh akan melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada pandangan Islam. Dunia ditakluki akhirat didapati. Guru pertama bagi cahaya mata kita ialah ibunya. Inilah antara sebab munasabah yang meletakkan dan menekankan pemilihan pada memilih kaum hawa untuk dijadikan isteri. Ini tidak bermakna pemilihan bakal suami tidak perlu diambil kira. Ia sama sahaja dalam memilih bakal suami berdasarkan hadis di atas dan ditambah dengan SiFat CaLoN SUAMi yang BAIK..
Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Lamunannya terhenti seketika. Panggilan daripada bonda. Senyuman manis terukir dibibir.
“Assalamualaikum sayang ummi”
“Waa'laikummussalam ummi.”
Setelah selesai bertukar khabar, ummi Iman memulakan bicara tentang suara hatinya. Dia bertanyakan Iman sama ada Iman sudah mempunyai

