Bismillahirahmaanirrahim....:)
Selawat dan salam buat junjungan Rasul yang mulia Nabi Muhammad S.A.W...
Selawat dan salam buat junjungan Rasul yang mulia Nabi Muhammad S.A.W...
12 Rabiulawal datang lagi
Sinaran alam gemilang kembali
Bergema suara tanpa henti
Alunan selawat membasahi bumi
Buat junjungan rahmat alami
Dialah Muhammad yang terpuji
Ya Habiballah…
Engkau umpama matahari menyinari siang
Engkau umpama bulan menyinari malam
Sinaran Tauhid engkau hembuskan
Bersama petunjuk engkau bawakan
Menerangi malap seluruh alam
Menyinari gerhana penduduk alam
Ya Rasulullah…
Datangmu adalah rahmat
Membawa keberkatan buat umat
Teladan terbaik indah tersemat
Sinar Al-Quran pembimbing umat
Sunah junjungan pembawa syafaat
Rasul terakhir buat umat
Wahai Kekasih Allah…
Hadirmu suatu penantian
Kunjungmu suatu kepastian
Lahirmu telah ditetapkan
Rahim Aminah menjadi pilihan
Itulah suatu perancangan
Cahaya iman engkau bawakan
Wahai utusan Allah..
Engkau membesar penuh ujian
Cubaan yang datang tanpa perhentian
Mutiara iman engkau sebarkan
Ketabahanmu menjadi pujian
Kehilangan yang tersayang mengadap tuhan
Di saat engkau perlukan sokongan
Ya Muhammad..
Akhlakmu terpuji menjadi teladan
Memikat umat tanpa sempadan
Musuhmu tertawan penuh kesaksian
Kalimah Tauhid diperdengarkan
Tuhan Muhammad menjadi pilihan
Kepada Allah dan Rasul diri diperhambakan
Ya Rasulullah…
Aku terduduk sendirian
Bersama waktu yang sedang berkeliaran
Minda menerawang tanpa hentian
Berfikir sejenak menantikan kunjungan,
Kunjunganmu ya Rasulullah,
kekasih Allah pilihan Allah..
Wahai Pilihan Allah..
Kunjunganmu hanya bayangan
Rinduku padamu cuba diterjemahkan
Bayangan dalam bayangan
Bayangan indah penuh teladan
Teladan umat tanpa sempadan
Merealisasikan impian dalam kenyataan
Wahai Nabi Allah..
Aku resah dalam kebimbangan
Mampukah aku bertahan demi perjuangan
Perjuangan buat diri yang penuh kekurangan
Mencapai cita memburu impian
Ingin bersamamu melewati perhentian
Perjalanan Agung yang telah disuratkan
Aku merinduimu ya Rasulullah..,
Rindu pada akhlakmu
Rindu untuk hidup bersamamu
Rindu menatap wajahmu
Rindu mengikut jejak langkahmu
Tersebarnya Islam kerana jasamu
Terlalu Agung perjuanganmu
Semua itu mustahil bagiku..,
Rinduku padamu hanya mampu dipendamkan
Hanya mampu diterjemahkan
Memaknakan akhlakmu dalam perlakuan
Menghiasi warna-warni seni kehidupan
Mendaulat Islam seluruh alam
Ya Rasulullah..
Alam membisikkan kisah hidupmu
Bisikan demi bisikan datang bertamu
Dari generasi mewarisi ajaranmu
Sungguh indah budimu
Sungguh elok pekertimu
Sungguh sabar sifatmu
Sungguh kental jiwamu
Wahai Teladan Umat..
Kau dihina dan dicaci
Penuh dendam kesumat mengiringi
Maruahmu dipermainkan, dirimu disisihkan
Tapi dirimu sungguh mulia
Membalas dendam dengan bimbingan
Membalas cacian dengan senyuman
Wahai Pemimpin Umat…
Kaulah contoh sepanjang zaman
Indahnya akhlakmu buat umat
Membimbing penuh keramat
Menyinari bumi bak pelangi
Yang sentiasa mewarnai bumi
Kisah indah menghiasi sanubari
Wahai Utusan Allah...
Kilauan bintang terus menanti
Sampai sekarang tiada pengganti
Pemimpin Agung yang dirindui
Tiada siapa yang dapat tandingi
Teladan sepanjang zaman menjadi inspirasi
Dialah kekasih Allah yang sentiasa diingati...
~Dariku untukku... dariku untukmu...~
~> Pesanan buat diri yang sentiasa lupa... Sentiasalah BERSELAWAT kepada junjungan mulia penghulu segala Nabi, TELADAN UMMAT SEPANJANG ZAMAN... Nabi Muhammad S.A.W ... Bukan hanya pada bulan Rabiulawal tapi jadikanlah sebagai amalan harian...
~> CINTA ALLAH... CINTA RASULULLAH... CINTA IBU AYAH... InsyaAllah BAHAGIA & BERKAT sepanjang HAYAT DUNIA & AKHIRAT...amin ya rabbal'alamin...
wassalam...
~Iman Syuhada~
