Islamic Widget

Saturday, June 25, 2011

sambungan..... TAKDIR disebalik TADBIR



Bismillahirahmanirrahim...
" Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Assalamua'laikum W.B.T...
Moga kita semua sentiasa dalam RAHMAT dan KEREDHAAN-NYA... amin..
Seperti mana yang dijanjikan, ikuti sambungan TAKDIR Di Sebalik TADBIR...Yang BAIK dijadikan TELADAN.., yang BURUK dijadikan SEMPADAN....(^_^)
 ..........................................................................................................................................


……….. bersebelahan kereta Ustaz Lutfi.  

“Ana hendak berbincang dengan ustazah tentang pembahagian tugas kita sebagai setiausaha program. Ana sudah e-melkan padau ustazah tentang pembahagian tugas tersebut. Semuanya ana telah jelaskan dalam e-mel tersebut. Kalau ada apa-apa yang tidak jelas ustazah boleh bincang terus dengan Husna selaku timbalan program. Lutfi lebih selesa membahasakan dengan muslimat dengan panggilan ustazah. Ini kerana akan lebih menjaga ikhtilat dan megelakkan fitnah. Lutfi berlalu pergi menaiki keretanya sementara Iman masih lagi di situ tanpa sempat berkata apa-apa.
Ain mencelah, “ Sombongnya ‘mamat’ ni. Apa dia ingat dia handsome sangat? ”
Iman terdiam. Setelah berada di dalam kereta, Iman menceritakan pada Ain siapa itu Ustaz Lutfi. Dia bersangka baik, mungkin ada sebab Ustaz Lutfi berbuat demikian. Bersangka baik itulah yang terbaik.
Seminggu telah berlalu, Iman seperti biasa meneruskan aktiviti hariannya. Barulah dia teringat di mana dia melihat wajah Ustaz Lutfi. Ya Allah, bertapa aku tidak menduga ini semua berlaku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. Dia tersenyum sendirian. 
Minggu depan akan masuk bulan Rabiulawal. Setiap kali bulan ini kunjung tiba, dunia akan gemilang seketika. Menyambut kelahiran junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Majlis tidak kira masa dan tempat menjamu hadirin dengan alunan selawat. Begitulah adab yang telah diamalkan sejak abad berabad. Masih teringat lagi peristiwa 13 tahun yang lepas. Waktu itu, Iman masih lagi di sekolah rendah. Terlalu banyak persoalan bermain di kotak mindanya. Maklum sajalah pada umur begitu keinginan ingin tahu begitu memuncak yang kadangkala mencabar pemikiran golongan dewasa untuk menjawabnya.  
Kenapa kita perlu berselawat apabila tibanya bulan Rabiulawal? Kenapa banyak majlis yang diadakan pada bulan ini? Siapa ‘dia’ yang kita semua raikan? Apa istimewanya ‘dia’ hampir semua orang meraikannya? Segala-galanya dijawab dengan penuh hikmah oleh ayahanda dan bondanya. Maklumlah waktu itu umurnya baru 10 tahun. Baru cuba untuk mengenal dunia dan beramah-mesra dengan isinya. Bagi ayahanda dan bondanya persoalan ini harus dijelaskan dengan nyata dan jelas buat anak-anak kecil bukan hanya menjawab sekadar melepaskan batuk di tangga. Itulah prinsip kedua orang tua Iman jika persoalan agama ditanya oleh anak-anak mereka. Bak kata orang-orang tua “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Waktu beginilah yang paling sesuai memberi siraman iman dan baja taqwa dalam diri anak-anak. Itulah yang diajarkan oleh baginda nabi. Waktu anak-anak sudah mula pandai bercakap ajarkanlah mereka dengan kalimah tauhid. Kenalkan mereka dengan pencipta yang esa. Khabarkan mereka tentang nikmat syurga dan takutkan mereka dengan azab Allah S.W.T  dan bukannya pada hantu. Kebanyakan ibu bapa selalu menakutkan anak-anak mereka dengan hantu yang kononnya akan ambil mereka kalau mereka berbuat nakal atau tidak mendengar cakap ibu bapa. Inikah yang diajar oleh baginda nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ? Tanpa kita sedari, sejak dari kecil lagi permata hati kita telah pun diajarkan untuk syirik kepada Allah S.W.T. Minta Allah jauhkan ini semua daripada generasi kita yang akan datang. Bertapa besarnya peranan ibu bapa dalam mendidik generasi Islam yang akan datang. Sebab itulah dalam pemilihan jodoh sangat dititik beratkan dalam Islam. Baginda Rasulullah sendiri telah pun mengajarkan kita cara untuk membina rumah tangga Islam. Pemilihan pasangan hidup bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan fitrah tetapi untuk menyambung generasi khalifah yang akan mentadbir isi dunia berlandaskan tuntutan syariat Islamiah.   Rasul Allah pernah menyebut, jangan kamu mencari pasangan kamu semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrahmu  tapi carilah bakal ibu ayah buat permata hati kamu. Benih yang soleh dan solehah insya-Allah akan membuahkan hasil yang dapat menyambung syariat dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.  Dalam satu hadis nabi pernah menyebut :
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat”
Kenapa Nabi menyuruh kita memilih yang beragama? Adakah harus ada ijazah @ master @ PhD? Agama yang dimaksudkan di sini bukan sahaja tahu dan belajar tentang agama tetapi mengamalkan apa-apa yang dipelajarinya dan menjadikan Islam sebagai cara hidup seorang muslim seharian. Islam inilah yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W. Islam inilah yang diperjuangkan sejak zaman berzaman bermulalah dari rasulullah sehinggalah baginda wafat meninggalkan pewarisnya untuk meneruskan perjuangannya. Sehingga hampir tiba ajalnya baginda masih lagi teringatkan umatnya, bibirnya tidak pernah lekang dari menyebut “ummati.., ummati.., ummati”. Begitu agungnya cinta dan kasih sayang baginda kepada umatnya. Bagindalah teladan umat, contoh terbaik umat. Walaupun zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, abad berganti abad sejauh mana pun kita melangkah Rasulullah lah menjadi inspirasi dan idola buat Iman sekeluarga. Inilah yang sentiasa diajar oleh ayahanda dan bondanya pada dia dan adik-beradiknya. Ayahanda atau bondanya selalu mengaitkan segala perbuatan dan perlakuan harus bersandar dan mengikuti apa yang rasulullah telah ajarkan. Sejak dari kecil lagi mereka sekeluarga telah diajarkan untuk suka apa yang rasulullah suka makan dan minum. Setiap pagi mereka akan minum madu dan susu kambing dan bermacam-macam-macam lagi. Mereka sekeluarga telah memaknakan perlakuan baginda yang mereka mampu buat seperti cara tidur, makan, minum, berjalan, dan sebagainya. Dalam hadis ini juga ada disebut tentang keturunan. Keturunan yang baik dan soleh akan melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada pandangan Islam. Dunia ditakluki akhirat didapati. Guru pertama bagi cahaya mata kita ialah ibunya. Inilah antara sebab munasabah yang meletakkan dan menekankan pemilihan pada memilih kaum hawa untuk dijadikan isteri. Ini tidak bermakna pemilihan bakal suami tidak perlu diambil kira. Ia sama sahaja dalam memilih bakal suami berdasarkan hadis di atas dan ditambah dengan SiFat CaLoN SUAMi yang BAIK..
Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Lamunannya terhenti seketika. Panggilan daripada bonda. Senyuman manis terukir dibibir.
“Assalamualaikum sayang ummi”
“Waa'laikummussalam ummi.”
Setelah selesai bertukar khabar, ummi Iman memulakan bicara tentang suara hatinya. Dia bertanyakan Iman sama ada Iman sudah mempunyai
pilihan hati untuk dijadikan imam baginya. Iman agak terkejut dengan soalan ini. Memang sejak dari dulu lagi bondanya dapat membaca isi hati Iman walaupun berjauhan. Bagi Iman ini semua terlalu awal baginya. Soal jodoh bukan soal main-main. Dia harus pertimbangkan semasak-masaknya sebab suami itu adalah imam bagi keluarga. Tapi dia tidak pernah menolak dan menghampakan orang tuanya. Hujung minggu ni taa’ruf akan diadakan. Ayahanda dan bondanya ingin menjodohkannya dengan anak kawan baik ayahandanya yang sama-sama pernah belajar di pondok dulu. Tapi semua keputusan di tangan Iman. Ayahanda dan bondanya memberi kebebasan yang penuh untuk Iman memilih siapa yang bakal menjadi suaminya. Mereka sudah yakin yang segala-galanya telah pun diajarkan pada Iman dan Iman mampu untuk memilih yang terbaik untuk meneruskan genersi keturunannya yang akan datang.
Ya Allah.. yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.. Hanya engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di sudut hatiku.. Aku menyerahkan segala-galanya padaMu ya Allah.. Akan ku redha dan pasrah dengan pilihanMu. PilihanMu adalah pilihanku ya Allah.. Hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik buatku. Andai dia pilihanMu yang tercipta buatku akan ku terimanya dengan penuh keikhlasan. Satukanlah hati-hati kami pada jalanMu dan permudahkanlah urusannya untuk menjemputku sebagai yang halal baginya dan engkau jadikanlah aku seorang yang redha dan ikhlas menerimanya seadanya.. Tapi seandainya dia bukan tercipta untukku kau jauhkanlah hati-hati kami dari terus terperangkap dalam mainan musuh-musuhMu dan kau jadikanlah kami insan redha dan pasrah menerima ketentuanMu. Tabahkanlah hati-hati kami menerima ketetapan dan ketentuanMu..amin.. Doa inilah yang sentiasa diaminkan oleh Iman setiap kali jiwanya diselubungi perasaan yang belum pasti.
Walaupun Ustaz Lutfi seolah-olah telah berjaya membuka kembali pintu hatinya yang telah lama tertutup rapat, namun dia masih lagi keliru dengan bisikan hatinya. Dia bimbang ini hanya bisikan nafsu dari syaitan yang tidak pernah putus asa untuk menyesatkan ummat Nabi Muhammad S.A.W. Terlalu mustahil untuk dia 'jatuh cinta' pada Ustaz Lutfi walhal mereka baru sekali berjumpa atas dasar urusan tugas yang diamanahkan. Tapi haruskah dia menafikan fitrah? sedangkan fitrah itulah yang menjadikan insan itu terlalu sempurna dan indah. Fitrah itu harus dibatasi dengan iman dan taqwa agar tidak menjadi fitnah. Dia harus juga memikirkan harapan ummi dan walidnya. Dari seni suara umminya pada hari itu, bonda dan ayahadanya sangat berharap yang Iman akan menerima lamaran tersebut walaupaun mereka memberi keputusan penuh pada Iman untuk memilih pasangan hidupnya. Adalah mustahil untuk Iman menghampakan harapan kedua orang yang dicintai dan disayanginya. Mungkin juga kehadiran bayangan Ustaz Lutfi adalah sebagai ujian baginya dalam membuat pilihan. Dia yakin jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dengan cara yang baik melalui orang yang baik dengan restu orang yang baik. Dia yakin segala yang ditentukan oleh Allah S.W.T adalah terbaik buatnya.
Hari yang dinantikan telah tiba. Mereka sekeluarga sudah siap untuk menerima kunjungan tetamu istimewa itu. Iman masih lagi bilik. Debaran hatinya kian terasa. Dia mengambil wuduk dan bersolat sunat serta bacaan Al-Quran dialunkan dengan penuh tartil. Itulah yang akan dilakukannya jika hatinya risau dan bimbang tidak menentu. Tepat pukul 10.00pagi, kedengaran salam dari luar rumah. Tapi entah kenapa hatinya makin berdebar. Semuanya masuk dan duduk di ruang tamu sambil bertukar-tukar khabar. Iman dipanggil ke ruang tamu ditemani bondanya. Langkah diatur terasa semakin longlai tapi digagahkan juga demi mendapatkan sebuah jawapan. Iman bersalaman dengan semua yang hadir dan ketika itu juga ‘tetamu istimewa’ yang dimaksudkan berada di luar rumah menjawab panggilan telefon. Beberapa minit kemudian ‘dia’ masuk dan duduk berhampiran kedua orang tua Iman. Ayahanda memulakan bicara sambil memperkenalkan Iman dengan orang yang dimaksudkan itu.
“Anakku Nurul Iman Aisyah, inilah orang yang walid maksudkan”
Iman mengangkat mukanya dan terus memandang ke bawah kembali. Keduanya terkesima dan terkejut. Tidak menyangka pertemuan yang penuh irama rahsia rupanya petanda dari yang Esa. Takdir disebalik tadbir yang terindah yang telah Allah rancangkan dan tetapkan. Hatinya mula sebak. Semua ini suratan Allah. Tak kala hatinya pernah kehilangan bakal suaminya setahun yang lepas, Allah telah gantikannya dengan pilihan hatinya. Orang inilah yang sentiasa hadir dalam mimpinya setiap kali istikharah di buat. Syed Aiman Lutfi itulah orangnya. Dia yakin inilah pilihan yang terbaik dari Allah S.W.T buat dirinya. Akhirnya sebuah harapan memenuhi impian. Terjawab segala persoalan dengan penuh pengertian. Berakhirlah sudah sebuah penantian. Segala-galanya indah dan tenang menghiasi taman . Itulah takdir yang telah diciptakan. Buat insan yang sentiasa mengharapkan keredaan-Nya demi sebuah kasih sayang dan cinta Rabbnya. Moga segala-galanya jelas dari kesamaran. Merungkai kekeliruan di sebalik sebuah pertemuan. Itulah indahnya kejadian tuhan semesta alam. Akhirnya mereka disatukan. Payungan rahmat itulah yang diharapkan. Meneruskan generasi pembimbing Al-Quran. As-Sunah diperjuangkan menjadi pilihan. Rasulullah menjadi idola contoh teladan buat umat sepanjang zaman.    

Pengajaran yang dapat KITA ambil :~
  1. Letakkan sepenuh keyakinan kita kepada yang Maha Esa kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat kita.
  2. Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan hanya dari Allah S.W.T.
  3. Allah S.W.T merahsiakan sesuatu perkara pasti ada sebabnya. RAHSIA itu INDAH.. Terindah untuk menciptakan sebuah KEPASTIAN yang abadi. 
  4. CINTA itu FITRAH terindah dari Yang Maha Indah.. Batasilah ia dengan Iman dan Taqwa agar tidak menjadi FITNAH.
  5. Soal jodoh bukan main-main, haruslah dibuat pertimbangan yang sewajarnya dengan sentiasa memohon dan meminta bantuan dari Allah yang Maha Esa. 
  6. Mulakan sesebuah hubungan dengan RAHMAT dan KEBERKATAN ALLAH S.W.T jika mahukan RAHMAT dan KEBERKATAN ALLAH sentiasa mengiringi dalam kehidupan kita. Selagi keduanya belum disatukan dalam lafaz ijab dan qabul haruslah dijaga kesucian dan kehormatan agar tidak dicemari dan dinodai sebab ini jugalah permulaan generasi yang bakal dilahirkan. 
  7. Jangan mengharap SETIA pada yang belum pasti.. Jangan memberi SETIA jika diri belum pasti... Jangan menanti persinggahan yang BELUM PASTI...Nyatakan REALITI dengan yang PASTI..
  8. Dalam mencari yang TERBAIK, KITA haruskah terlebih dahulu menjadi yang TERBAIK.. kerana masing-masing inginkan yang TERBAIK untuk melahirkan generasikan yang TERBAIK.
  9. RESTU dan REDHA kedua ibu bapa sangatlah penting dalam segala urusan kerana disitulah terletak KEREDHAAN ALLAH S.W.T
  10. Rahsiakan PERTUNANGAN.. hebahkan PERKAHWINAN..
  11. YANG PALING PENTING dan yang TERSANGAT PENTING ialah KEYAKINAN kita pada KETENTUAN-NYA dan TAKDIR-NYA buat KITA adalah yang TERINDAH dan TERBAIK buat KITA...

Jangan lupa bagi komen yea sahabat2ku... untuk menambahkan apa yang kurang dan mempertingkatkan lagi apa yang harus dipertingkatkan serta memperbaiki apa yang harus dibaiki.. syukran semua..(^_^) ~Iman Syuhada~

No comments:

Post a Comment