Islamic Widget

Monday, January 03, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Assalamua'laikum w.b.t... salam ukhuwah... moga mahabbah kita sentiasa bersemi menyulamkan cinta insani di dalam Redha Ilahi... :)



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

 

1. Kuat amalan agamanya.
  • Iaitu mengamalkan  & mempraktikkan ape yang dipelajarinya serta memaknakan syariat Islam dalam kehidupannya sehariannya. 
  • Menjaga solat fardhu, sentiasa berjemaah dan solat pada awal waktunya. 
  • Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutamanya ketika bersukan.


2. Baik Akhlaknya
  • Iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lemah-lembut dan mudah bertolak ansur. 
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Sentiasa bersabar & tidak bersifat panas baran @ pemarah.
  • Bersifat rasional & profesional dalam setiap  masa, keadaan dan situasi.


3. Tegas mempertahankan maruahnya
  • Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 
  • Tidak mudah mempengaruh dan dipengaruhi.
  • Menjaga adab dalam ikhtilat (pergaulan) di antara muslimin dan muslimat.
  • Tidak membicarakan hal-hal yang sia-sia @ sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah pada dirinya. 

4. Amanah
  • Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Sentiasa bersifat amanah pada kerjanya dan menepati masa dalam urusan yang menjadi tanggungjawabnya.

5. Tidak boros
  • Tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Membelanjakan wangnya demi menjaga  kebajikan & kepentingan keluarganya.
  • Sentiasa bersedekah di jalan Allah.

6. Menjaga mata 
  • Dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Sentiasa menundukan pandangan dari memandang perempuan yang bukan mahram baginya.

7. Pergaulan yang terbatas

  • Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 
  • Sentiasa membataskan pergaulannya dengan muslimat/ rakan perempuan yang lain.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
  • Kebiasaannya seorang sahabat adalah cermin bagi sahabatnya yang lain.
  • Mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa ingat-mengingatkan ke arah kebaikan dan syariat Allah S.W.T.

9. Bertanggungjawab
  • Lihatlah hubungan dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

DIPETIK DARIPADA :
http://ubmm.blogspot.com/2010/08/10-sifat-calon-suami-yang-baik.html 
*tetapi telah diolah sedikit sebanyak untuk lebih jelas lagi pemahaman tentangnya...


"SUAMI adalah IMAM bagi KELUARGANYA...
SUAMI itu adalah PEMIMPIM dan ISTERI itu DIPIMPIN...  


Pesanan Buat MUSLIMAH :-

  • Dalam mencari IMAM bagi keluarga..lihatlah AGAMA & AKHLAK calon suami... Agama bukanlah dilihat dari segi tingginya ilmu agamanya.. master @ PhD.. TAPI dilihat dari segi TINGGINYA PENGAMALAN ILMU AGAMA dalam kehidupannya... Kerana tidak begitu ramai yang betu-betul MENGAMALKAN ape yang dipelajarinya... Dengan memilih yang ini iaitu AMALAN AGAMANYA & AKHLAK yang baik iaitu menjadikan RASULULLAH sebagai tauladan & contoh, insyaAllah KETENANGAN, KEBAHAGIAAN, KEBERKATAN akan sentiasa mengiringi RUMAH TANGGA yang MAWADDAH dan SAKINAH yang BERSULAMKAN KEIMANAN MEMBUAHKAN KETAQWAAN...
  • Buatlah pemilihan yang terbaik dalam menentukan siapa jodoh kamu...Kerana selepas ini akan terlepaslah tanggungjawab ayahda & bonda buat kamu... Ketaatan kamu  bukan lagi pada ayahda dan bonda tapi adalah pada SUAMIMU selepas ALLAH & RASUL...
  • DAN YANG PALING PENTING... SENTIASALAH BERDOA & MEMOHON DGN ALLAH S.W.T... ISTIKHARAHLAH DGN SETIAP APE YANG AKAN KAMU LAKUKAN... JADIKANLAH PILIHAN ALLAH S.W.T SEBAGAI PILIHANMU... KERANA HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI APE YG TERBAIK BUAT DIRIMU...
        Wallahua'lam... 
     sekian wassalam...

Dariku untukku...Dariku untukmu...
~Iman Syuhada~


No comments:

Post a Comment